Penyembur lada atau
penyembur OC (from "
Oleoresin Capsicum") ialah sejenis
agen lakrimator (sejenis sebatian kimia yang mengusik mata hingga menyebabkan keluarnya
air mata, kepedihan, ataupun
buta sementara) yang digunakan dalam
kawalan rusuhan,
kawalan kumpulan, dan
pertahanan diri, termasuk pertahanan daripada anjing dan haiwan liar.
[1] Kesan keradangannya menyebabkan mata terpejam sehingga tidak dapat melihat. Kebutaan sementara ini membolehkan pegawai keselamatan menahan pesalah dengan lebih mudah, dan juga membolehkan pengguna penyembur lada sebagai pertahanan diri untuk mendapatkan peluang melarikan diri.Walaupun dianggap sebagai
tidak mendatangkan maut, sesekali ia boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa, sehingga timbulnya kebimbangan tentang kematian yang berpunca daripada penggunaan penyembur lada.
[2]Ramuan aktif dalam semburan lada ialah
kapsaisin, iaitu sejenis bahan kimia yang diperoleh daripada buah tumbuhan bergenus
Capsicum, termasuk
cili. Pengekstrakan oleoresin capsicum daripada lada memerlukan buah lada yang dikisar halus, dari mana
capsaicin diekstrakkan dalam pelarut organik seperti etanol. Pelarut itu kemudiannya disejatkan, dan resin seakan lilin itulah oleoresin capsicum. Pengemulsi seperti
propilena glikol digunakan untuk menggantungkan OC dalam air, lalu dikenakan tekanan supaya dijadikan serbuk semburan lada. Kaedah
kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) digunakan untuk mengukur jumlah kapsaisin dan kapsaisinoid utama dalam semburan lada.Sejenis analog sintetik kepada kapsaisin, iaitu vanililamida asid pelargonik (desmethyldihydrocapsaicin), digunakan dalam satu lagi jenis penyembur lada yang digunakan di
United Kingdom. Satu lagi jenis analog sintetiknya, iaitu
morfolida asid pelargonik, dimajukan dan digunakan secara meluas di
Rusia.Penyembur lada biasanya berbentuk
kanister yang biasanya cukup kecil untuk dibawa atau disorokkan dalam poket atau tas tangan. Penyembur lada juga boleh dibeli dalam bentuk tersorok dalam barang-barang seperti
cincin. Juga terdapat
pelancar semburan laja yang boleh ditembakkan daripada
senapang paintball. Ia telah sekian lama digunakan terhadap penunjuk perasaan selama.